Monday 17 June 2013


    Allah telah menjadikan perkahwinan sebagai tanda-tanda kebesaran Allah yang nyata dan wujud keesaanNya di alam ini.Dia telah menganugerahkan tiga kurniaan kepada hambaNya yang telah hidup berkeluarga iaitu :




   Kurniaan pertama

  Isteri merupakan individu manusia mulia yang Allah ciptakan terikat dan terjalin dengan lelaki.Jadi ,ia adalah sebahagiaan dari lelaki,sama dan sejajar dalam kemuliaan dan kemanusiaan.


Firman Allah yang bermaksud " Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah ialah menciptakan untuk kalian isteri-isteri yang menyerupai  diri kamu sendiri "

  Ungkapan "dari diri kamu itu" menunjukan prinsip persamaan dalam penciptaan,pembentukan,dan kemanusiaan,kecuali pada beberapa karakter dan sifat yang mempunyai kelainan untuk keserasiaan di antara lelaki dan perempuan ,demikian itu perempuan memiliki kemuliaan,kehormatan.dan kedudukan dalam kehidupan manusia.seperti bak kata penyair:

 " dalam asmara aku telah dikenakan baju indah bersulam cinta,
  oleh seorang gadis yang teramat jelita,
  hingga purnama pun malu dihadapannya,
  bila mata ini berbuat salah kerananya,
  maka dengan airmata ia menghapus segala dosa.




   kurniaan kedua

  Ketenteraman dan ketenangan jiwa yang dirasakan oleh sang suami ketika berdampingan dengan sang isteri yang solehah,juga ketenangan dan keramahan yang didapati dalam payungan kehidupan berkeluarga yang sakinah dan kasih sayang,hal ini di jelaskan dengan firman Allah yang maha agung yang bermaksud 
" ...dijadikan isteri itu sebagai keamanan dan ketenteraman jiwa kepada sang suami




  kurniaan ketiga


  Ikatan kasih sayang dan cinta kerana Allah itulah yang menguatkan cinta dan kasih sayang suami dan isteri
firman Allah yang bermaksud " Dan dijadikan diantara kamu(suami isteri)rasa kasih dan sayang"
tanpa nikmat ini nescaya seorang suami tidak akan merasa senang kepada isterinya,ini semua datangnya dari pencipta cinta yakni Allah subhanahu wataala  


Sunday 1 July 2012

Apakah Perkahwinan Semata-mata untuk Bersenang-senangan dan memenuhi Naluri?


 Sebahagian manusia memandang perkahwinan semata-mata untuk berseronok,hiburan,dan memenuhi kehendak seks ,kerna itulah,sepanjang kehidupannya berlaku perkahwinan,kemudian bercerai,dan berpisah selepas beberapa tahun berkahwin,kerna mereka tamak dalam memiliki isteri yang ramai,dengan alasan sudah ditaqdirkan oleh Allah.Mereka tidak menyedari syaitan mempermainkan,menghancurkan dan menjauhkan mereka dari kebahagian yang hakiki..Perceraian adalah perbuatan yang disukai oleh syaitan dan dibenci oleh Allah,penah mendengar seorang lelaki mengahwini lapan belas orang perempuan,dengan cara mengahwini seorang perempuan,lalu selang beberapa waktu ia menceraikannya dan menikahi perempuan lain,begitulah seterusnya lepas nikah dengan seorang perempuan,kemudian dia ceraikan isterinya.Hal ini dilakukan karena beliau seorang hartawan tetapi jiwanya jauh dari Allah dan suka berfoya-foya,hal ini juga menunjukkan beliau seorang suka menjamah atau seks kemudian menceraikannya ibarat memakai pakaian setelah buruk dibuangnya,juga habis madu,sepah dibuangnya.



    Sementara itu juga,ada sebahagian orang yang tidak ingin langsung terikat dengan perkahwinan,kerana melihat ada cara yang paling mudah dihadapannya sebagai satu jalan tidak mahu terikat dengan pasangannya,akibat terikut-ikut cara cara hidup barat yang menyimpang dari fitrah. Mereka hidup umpama haiwan yang memuaskan naluri seksnya dengan cara yang keji dan hina,tanpa ada batasan dan ikatan seperti binatang,yang memuaskan gelojak naluri seksnya,Bila tujuan utamanya untuk memuaskan hawa nafsunya maka tidak dapat dibendung lagi bila mereka berpindah dari seorang pelacur,ke pelacur yang lain untuk memenuhi keinginannya dan memuaskan kerakusan seksnya.Inilah yang diinginkan oleh barat dan sekutunya kepada kita dengan memberikan kebebasan kepada sekalian para pemuda,iaitu kebebasan seks,bebas untuk telanjang dikhalayak ramai dan bebas menyimpang dari naluri fitrah manusia(pernikahan),adapun istilah ini adalah satu istilah yang bohong,dusta dan tipu belaka,orang-orang yang demikian, mereka hidup seperti binatang dalam hasrat memuaskan nafsu seks mereka .Seperti di ungkapkan dalam sebuah syair bermaksud :

Kehidupan dunia ini hanyalah makan,minim,dan tidur
      Bila semua itu tiada,selamat tinggallah dunia.