Thursday 19 May 2011

FITRAH MENJADI FITNAH


Perkahwinan dan sebab mengapa ada di antara kita memilih untuk berkahwin awal walaupun terpaksa berdepan dengan risiko yang mungkin tidak dapat diketahui di masa akan datang.Hati remaja selalu berkata,apakah salah kami bercinta?Rasa cinta memang tidak salah.Ia adalah fitrah semulajadi yang ALLAH kurniakan kepada setiap manusia.Ingin bercinta dan dicintai adalah instinct.Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah,maka tentulah tidak salah merasainya.Namun ALLAH tidak kurniakan cinta secara polos begitu saja.Dia juga pencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaannya.Peraturan inilah yang kerap dilanggar.Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin hubungan cinta.Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah ditetapkan oleh ALLAH.Ketika itulah FITRAH telah menjadi FITNAH.Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.Mengapakah perlu ada peraturan cinta?Jawabnya kerana ALLAH mencintai manusia (hambaNYA).Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya.Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan.Begitulah hubungan cinta yang terlarang akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan.Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan sesekali bermain cinta,nanti terbakar diri.Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yg membelakangkan Tuhan!Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat.Jangan kuat tertipu dengan keindahan cinta yang dihiasi dengan pelbagai janji dan sumpah setia.Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan.Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang,racunnya akan meresap membunuh akal,jiwa dan perasaan.Pada ketika itulah cinta dikatakan buta.Maka butalah mata hati dan mata kepala sehingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa yang dicintainya.Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintainya.Lupalah diri pada pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakaNya.Bagaimanakah pula perasaan kita agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang diberikan hingga terlupa bersalaman dan berterima kasih dengan pemberinya?Allah kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang.Seolah-olah cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan antara kita,Hukum ALLAH dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah sekali.Tangan kekasih dipegang walaupun jelas ALLAH mengharamkan sentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.Tergamak untuk berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan itu syaitan adalah pihak ketiga.Lebih dari itu pun banyak berlaku.Semuanya seolah-olah halal kerana cinta.Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja.Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah.Buah yang pahit,masam dan memabukkan.Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkandari pel bagai produk zina,sumbang mahram,bohsia,bohjan,buang bayi dan lain-lain lagi.Ketika itu indahkah cinta??Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya.Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pergerakannya perlu diatur dan dikawal.Jika tidak,dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan.Begitulah cinta,ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan,Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta?Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta iLAHi.Cintailah sesiapa pun,tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan dan mendekatkan diri kita mencintai ALLAH.Soalnya bagaimana?Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan agamanya.


Sabda Rasulullah saw,"Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya,tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya"



Telah benarlah sabda Rasullullah, Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana ALLAH,dgn tujuan untuk membina rumahtangga muslim,melahirkan keturunan soleh dan solehah,keluarga yang sanggup memikul amanah dan dapat melaksanakan segala hukum dan perintah ALLAH.Semoga dengan perkahwinan itu juga akan dapat menjaga pandangannya,kehormatan dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya sentiasa tunduk,patuh dan takut pada ALLAH,di samping dapat beribadat dan bertaqwa kepada ALLAH.Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka.Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau pujukan syaitan.Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali.Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada hukum ALLAH yang dilanggar.Antaranya,tidak ada pergaulan bebas,tidak ada pendedahan aurat,chating tidak syarie,tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan sembahyang,puasa dan lain-lain.Maka,remaja tidak seharusnya mengeluh," Cinta apa namanya ini jika tiada dating,tiada perbualan telefon atau bahasa remajanya 'bergayut',tiada surat cinta,tiada sentuhan tangan,tanpa kerlingan dan senyuman?Yakinlah,tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan.Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.Allah Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi.Segala peraturanNya di buat atas kerana rasa cintaNYA terhadap hambaNYA.Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu(cinta yang tidak disandarkan kepada pencipta cinta).Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya.Bahkan jika diizinkan oleh takdirNya,cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat,sehingga suami yang soleh dan isteri yang solehah itu akan bercinta lagi di syurga tempat pertama yang melahirkan cinta!Ketika itulah FITRAH akan menjadi ANUGERAH!

No comments:

Post a Comment